Assamaulaikum and Hai folks! ^_^
Hari ni tak ada apa-apa yang menarik yang berlaku cuma hujan lebat yang turun dari pagi sampai petang. Hujan-hujan macam ni aktiviti membuat tahi mata merupakan aktiviti yang paling syok sekali.. Teheee..lari tajuk pulak.. =3
Hari ni, telefon bimbit merupakan salah satu alat peribadi yang paling penting sekali selain daripada kunci rumah@kereta dan dompet duit. Telefon bimbit juga merupakan lambang kemewahan seseorang individu. Makin canggih handphone, makin mewah dan kaya lah dia.
Kalau saya yang berasal daripada sebuah keluarga yang sederhana tetapi bahagia, telefon saya agak biasa sahaja. Boleh buat call dan message. Nak mahal-mahal buat apa?
Terdapat segelintir remaja yang sentiasa ikut perkembangan semasa. Bukan ikut perkembangan seperti tengok berita atau apa, tapi ikut trend!
Dari Iphone hinggalah Samsung Note yang sekarang keluar macam-macam, semuanya nak up to date! Bukan nak guna mana pun telefon tu..harap nak menunjuk kan orang lain yang dia kononnya anak orang kaya yang semua jenis Iphone dia beli!
Sekarang, ramai budak-budak remaja (macam saya lerr..) selalu post dalam FACEBOOK tak puas hati dengan mak bapak masing-masing kerana tak belikan telefon lah, mak bapak tersalah beli kaler la..
Muntah hijau tengok status macam ni..
Padahal baju, seluar, makan, rumah yang kita duduk ni pun bapak yang bayar sewa, bukannya kita bayar pun!v Semua free ditanggung sepenuhmya oleh mak bapak! Sampai ada yang sanggup bunuh diri sebab mak bapak tak mau belikan!
Ish, ish, ish..
Back to our topic, telefon amat diperlukan oleh budak sekolah rendah sampai golongan tua. Kalau tak ada benda ini, pasti anda akan huru hara kan?
Cuba tengok salah satu telefon pada tahun 90-an..
http://www.smh.com.au/ffximage/2008/03/28/martincooper1_wideweb__470x362,0.jpg
Telefon ini sangat susah untuk dibawa kerana telefon ini berat dan besar.. Sangat susah nak sumat dalam poket kita yang kecil.
Cuba bandingkan dengan telefon anda sekarang.. Touch screen, butang pun satu dua sahaja, boleh masuk lagu, sambung internet dengan mudah.. Senang kata, semua boleh dilakukan dengan telefon bimbit!
Tetapi sedarkah anda, zaman kini tidak seindah zaman dulu..
Zaman dulu, ketika masa musim perayaan, semua akan hantar kad raya contohnya dari Perlis hingga Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Zaman sekarang, boleh call atau message sahaja walaupun kita berada di serata dunia.
Sekarang, dengan terciptanya telefon bimbit, amalan ini hampir pupus, Semua kerja dilakukan dengan pantas dengan cepat. Tak sampai 5 minit!
Cuba tanya ibu bapa masing-masing, macam mana mereka bercinta dan berhubung ketika mereka masih berdarah muda? Zaman 80-an, telefon bimbit tidak beberapa hangat di Malaysia. Kalau begitu, macam mana mereka bercintan-cintun?
Jawapannya ialah surat menyurat!
Tidak kira jauh atau dekat, surat-menyurat merupakan penghubung mereka. Makin jauh pasangan tersebut tinggal, makin lama surat tu nak sampai..
Berbanding dengan zaman sekarang, boleh bercinta melalui telefon bimbit. Bergayut 24 jam tak kira siang malam!
Sebagai penutup, cuba renungkan kata-kata Albert Einstein ni ====> "I fear the day that technology will surpass our human interaction. THE WORLD WILL HAVE A GENERATION OF IDIOTS"
Assamualaikum dan tata!! (^_~)
SELAMAT BERAMAL~~!!
No comments:
Post a Comment