"Diumumkan perangai pelik minggu ini jatuh kepada..."
Jika anda menonton Astro Ceria, pasti anda akan kenal perkataan ini.. Yup, dalam kartun Hagemaru!
Well, memang betul banyak perangai pelik boleh dijumpai di sekeliling kita. Tak kira depan belakang kiri depan.
Makin hari makin menjadi-jadi. Malah lagi teruk adalah.
Antara perangai pelik yang banyak saya jumpa:
1) Dengan bangga, riaknya mengeup loadkan gambar berpelukan dan mesra dengan 'cinta sejati' padahal UPSR pun tak lepas lagi.
Pastu mengatakan demi 'cinta sejati'nya itu, sanggup meredah lautan api, terjun taruk dalam lava gunung berapi dan macam-macam lagi lah.. Umur baru baligh nak redah macam-macam konon demi 'cinta sejati' awok tu.. =,="
2) Selepas mengeup loadkan gambar annoying ke dalam facebook, ramai orang akan komen :
SWEET!!
ROMANTIK!!
JELESNYA TITEWW!!
NAK JUGAK!!
UNTUNGLAH ADA, TITEWW TAK DA..=,="
SEMOGA BERKEKALAN KE ANAK CUCU.. AMIN
dan yang paling best comment I ever see..
ADIKKK!! NANTI MAK LANG KASI TAU KAT MAK BAPAK ADIKKK PASAI GAMBAR TAK SENONOH NI!!!
KAHKAHKAHKAHKAH!!!
3) Selepas 3 bulan berkasih sayang, akhirnya putus jua.. Yerlah, yang halal pun ada terputus inikan lagi yang tidak sah dan tidak halal lagi.. betoii dak?
Pastu start dah drama sinetronnya..
"TITEWW PUTUS ASA! TITEW NUXX BUNOH DIRI!! TANPA DIA, TITEW TAKKAN DAPAT HIDUP LAGI!! SELAMAT TINGGAL U OLLS.. :'( "
Hek eleh, drama lagi.. nak cari publisiti murahan konon.. Orang Palestin mati syahid mempertahankan agama, bangsa, tanah air.. Orang Melayu sekarang budak-budak baru lepas UPSR bunuh diri sebab ditinggalkan boifren yang tak tahu hala dari mana asal usulnya.
4)
" KALAU MALAYSIA MENANG PIALA DUNIA, AKU AKAN BOGEL PASTU LARI DEPAN PAVILION!!"
"GUA SANGGUP KELAR DIRI KALAU RED WARRIORS KALAH MALAM ESOK!!"
Itulah antara ugutan yang tidak cerdik daripada segelintir orang yang kepala hotaknya diletakkan di kepala lutut.
Kelar tanganlah, bogel depan KLCC lah, potong macam-macam lah, kacau adik sendiri la..
Selepas tu mulalah, bila satu Malaysia tahu, bagilah alasan..
"FACEBOOK SAYA DIHACK!!"
5) Gambar tak cukup kain (bagi perempuan lerr..)
Tak paham sungguh, kalau ada satu pompuan masukkan dalam FB dia gambar dia tak cukup kain.. pastu ada orang komen benda-benda yang apabila saya baca pun rasa malu.. mulalah dia meroyan..
"WOI! KORANG BOLEH TAK JANGAN KOMEN MACAM-MACAM KAT GAMBAR NI?? KALO TAK AKU BLOCK KORANG SEMUA!!"
Siapa yang bagi tengok gambar tersebut? Siapa up loadkan? Siapa suruh pakai baju cam pengemis? Pengemis pun tak sanggup nak pakai baju camtu!
6) Kena bash lah plak..
Gambar tak cukup kain tersebut setelah dipertonton kepada orang ramai tak kira usia, akhirnya dibash jua akhirnya.. Apabila dibash.. ramai orang akan kata betul tak?
Lagi berapi badan dia.. kalau taruk minyak tanah atas dia mesti terbako hampir 90% seluruh badan dia..
"WEHH! KORANG NI DUK KATA KAT AKU NI KORANG TU PERFECT SANGAT KE?? JAGA LAH KAIN KUBUR KORANG MASING-MASING!! @#$%^&*!!"
Bagi saya, dua-dua pihak salah..
Kalau nak menegur, tegurlah lah secara tersembunyi atau senyap-senyap.. kalau bash, mesti dia lagi melenting...
Tukang up load gambar tu pula, sebelum masukkan gambar tak cukup kain tersebut.. fikirlah berapa ratus kali dulu..
"PENTINGKAH GAMBAR INI?"
"BERMANFAAT KAH?"
Oklah, jadi itu saja lah.. sebenarnya banyak lagi.. tapi tu semua lain kali lah.. :)
P/S : Kebanyakan golongan atas ni 100% MELAYU, MUSLIM.. Tak pernah tengok Cina atau India buat semua ni.. Cina dan India walaupun bukan agama Islam pun tak sanggup buat macam ni!!
Sedar lah sikit wahai Anak Melayu sekalian!!!


No comments:
Post a Comment