Monday, 17 June 2013

Dulu dan kini..

"Ai ai Cip!"
"Bahasa apa kau guna daa.."
"Bahasa bapak aku laa!"
"Errkkk!"

Berdasarkan kata-kata di atas, pasti hampir semua orang tahu dialog tersebut antara Ibrahim Pendek dan P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tahun 1960.
Siapa sangka, filem yang diarah oleh seniman agung P. Ramlee lebih 50 tahun lalu banyak membuatkan kita gelak ketawa. Dari kecil hingga yang tua tidak bergigi.
Cuba bandingkan filem hitam putih yang lebih 40 tahun dulu dan sekarang ni.. Mana satu lagi best?
Antara filem arahan P.Ramlee yang terkenal, movie series Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Antara Dua Darjat, Ibu Mertuaku, Semerah Padi, Musang Berjanggut, Madu Tiga dan lain-lain lagi ketika di Jalan Ampas Studio.
Di Kuala Lumpur, antara filem yang menarik (bagi saya) ialah Nasib Do Re Mi dan Keluarga 69.

Walaupun hitam putih, hanya 2 kaler je, tapi mampu buat saya menitik air mata kerana sedih dan lawak jenakanya.
Cuba bandingkan dengan movie skang ni.. tak tau nak cakap apa..
Artis sekarang ni harap je muka bajet hensem, lawa.. Yang perempuan tak cukup kain walaupun gaji nyanyi dan berlakon tu lebih 5 angka!
Ceitt.. harap muka, publisiti murah, kontroversi video tak cukup kain, make-up muka macam taruk simen, berkhalwat.. PUIHHHH!!!!!
Tengok Ibrahim Pendek, pendek, muka ok la.. tapi apa saja dia bawak watak menjadi.. tak macam sekarang,. Dasar BAJETTT!!

Kalau dengar lagu Dendang Perantau oleh P.Ramlee, saya yang masih sekolah ni pun rasa sebak padahal saya masih tinggal dengan ibu bapa saya. 
Sekarang? Siapa yang lahir tak cukup bulan pandai-pandai monyet remix lagu raya zaman 50-an dan 60-an jadi lagu rock. Puihh.. tak masuk telinga langsung.. Patutlah masa raya ramai eksiden.. Depa duk pasang lagu raya-rock... Tak feel apa-apa langsung.. Harapkan duit duit duit femes femes! Tak dak usaha langsung nak buat lagu raya feeling cam dulu-dulu.. Makin menyampah ada!!
@#$%^&*(+=~!!!

Sekarang, ramai orang takdak idea nak buat filem.. kalau buat berdasarkan novel takpa lagi ni sampai nak buat balik filem P.Ramlee..
Sekali lagi..  @#$%^&*(+=~!!!
Cam haprak.. dahlah tak best, mengada-gada pula! Tak da kualiti langsung!
Filem P.Ramlee Ibu Mertuaku mampu membuatkan saya menangis.. filem sekarang nak buat sedih tak jadi.. 

Sekarang ni banglo berjuta-juta, berlakon luar negara  sekalipun tak mampu buatkan filem tu menarik. P.Ramlee buat filem kat Nusantara lah, Negeri Arab la, Isketambola lah macam-macam tak perlu nak pergi Parih Londong ke.. buat je kat studio.. menjadi jugak!

Teringat kan akhir hayat P. Ramlee dan Ahmad Nifsu.. kedua-dua mereka hidup susah selepas Studio Ampas ditutup di Singapura.
Ahmad Nisfu meninggal dunia keseorangan tanpa saudara mara di sisinya di Kubu Pertahanan Jepun manakala P.Ramlee hidupnya susah tapi tetap ditemani oleh kawan rapat dan isterinya, Saloma.
Ali Fiji meninggal pada tahun 1996 (tak silap) dan S. Shamsudin meninggal dunia baru-baru ni sahaja, 4 Jun 2013.

Al-Fatihah.. semoga mereka ditempatkan orang-orang yang beriman.. <='(

P/S : Seriously, sekarang satu keluarga tak layan sangat drama filem Melayu ni..kalau layan pun sebab TERPAKSA bukan RELA.. menyampah jalan cerita dengan dialog dia.. tak ada bintang langsung!
Seriously para artis dan director.. saya bukan nak tunjuk saya ni terror dalam berlakon ni.. Takkan nak bagi pendapat tak boleh? Habis sampai bila nak filem kita ni maju sedangkan orang kata sikit dah melenting cam apa!!
Please.. jangan lah olah balik lagu dan filem orang dulu-dulu.. bukan bertambah menarik pun.. buat oarang cirit je..

No comments:

Post a Comment