Kalau kita tengok hari ni, ramai orang suka gunakan jari telunjuk..
untuk tunjuk jalan, tunjuk orang dan menyalahi orang lain..
Kuasa jari telunjuk ini memang besar..
Contohnya sebagai bos yang boleh menyuruh pekerjanya buat kerja..
Kerana jari ini juga lah kita saling berpecah-belah.
satu pihak salahkan satu pihak yang lain..
habis sampai bila nak habis saling menyalahi?
Jika kita tengok seseorang individu terlibat dalam jenayah contohnya ketagih dadah atau tidak cemerlang kat sekolah, asyik buat masalah jer kat sekolah..
salah siapa?
Automatik jari telunjuk kita dinaikkan.. menunjuk ibu bapa budak tu..
ibu bapa pula akan tunjuk kepada guru yang mengajar anak mereka..
Kononnya cikgu tu tak pandai ajar anak kat sekolah, harapkan gaji buta..
Selepas tu guru tunjuk kat media massa pula...
Surat khabar, tv, majalah dan internet..
yang tunjuk macam-macam artikel yang boleh dibaca dan ditengok tak kira umur..
dari baru lahir sampai lah tua bangka..
Selepas tu media massa balas balik, kata masyarakat suka baca artikel depa tulis atau buat..
Jadi, sampai sekarang masalah tak selesai kerana kita saling menunjuk menggunakan jari telunjuk kita ni..
Jari tak salah, tuan empunya jari tu tak terfikir..
Jadi, salah siapa?
Entahlah, kita cuba tanya diri ni sikit..
Tepuk dada, tanya selera..
P/S : cuba siapkan kerja LK.. ( V.V )
.png)
No comments:
Post a Comment