Monday, 2 September 2013

High heels

Kalau sebut high heels, pasti ramai terbayang kasut yang bertumit tinggi dan kaki si pemakai.


Ketook ketoook..
Saja nak bagi bunyi kuat, baru orang tau jenama apa di pakai..
Lagi rendah si pemakai, makin menjadi tinggi kasut tu..

Lelaki rilek jer, pakai selipar jamban pun jadik, asal ada alas kaki sudah..
buat apa susah-susah pergi beli kat supermarket?

Banyak jenis sebenarnya high heels ni..
platform, stiletto, wedge lah..
Sekarang ni bukan budak besar saja pakai,
yang kecil 4, 5 tahun dah pakai!
Fuyyooo..

High heels ni, biasanya orang pakai 5, 6 inci..
baru nampak macam model..
Selalu nampak model catwalk pakai high heels 7, 8 inci..
last-last jatuh tersembam sebab kasut tinggi sangat..
huhu..

Tapi tahukah banyak keburukan daripada kebaikan memakai high heels ni?
Salah satunya bunion..
Jadi kaki membengkak..

Sebab tu saya tak pakai..
tak selesa tau tak?



Thursday, 29 August 2013

Merdeka! Merdeka!

Lama tak post kat blog ni, dah berhabuk dah blog ni..
Ni post pun sebab Cikgu Mior nak last check esok..

Kali ni nak cerita pasal Merdeka pula..
Tadi masa kelas ada seorang budak menjerit 'Merdeka! Merdeka!'
Kalau sebut merdeka ramai teringat bendera Jalur Gemilang berkibaran, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad..
Tetapi kita ni di Malaysia adakah betul-betul merdeka?

Maksud merdeka dalam Bahasa Melayu ialah 'bebas daripada penjajahan, kurungan naungan dan lain-lain; tidak bergantung pada yang lain'.
Dalam bahasa Inggeris pula, merdeka ialah independent.

'Bebas daripada penjajahan, kurungan naungan dan lain-lain'.
Ya, betul..
Negara Malaysia sekarang negara bebas, kalau keluar dari rumah tak kena penampar dari askar Jepun macam dulu-dulu.
Berkurung?
Rakyat Malaysia bebas bergerak ke mana-mana tanpa halangan atau paksaan tanpa kira jantina.
Dulu, yang anak dara berkurung di rumah, tak boleh keluar, takut askar culik!

Tapi, kalau kita betul-betul merdeka, kenapa negara kita masih ada masalah seperti masalah sosial?
Kata merdeka..
Adakah maksud merdeka merempit, menghisap rokok atau gam,gelaja sekolah dan buang bayi merata-rata?

Ya, kita bebas dari perang fizikal tetapi tidak dalam perang mental.
Kita masih terikut budaya-budaya luar..
Merempit, mengandung luar nikah, hisap dadah..
Kebanyakan yang terlibat masalah sosial ialah REMAJA...
Dan mereka ialah MELAYU, BERAGAMA ISLAM..
REMAJA MELAYU kan pemimpin pada masa akan datang..
Tapi tengok perangai, sahsiah..
inikah ciri-ciri seorang pemimpin?

Dalam 20, 30 tahun akan datang..
merdeka hanya pada nama..
tetapi tidak dalam diri..

How To Change Blogger Blog Template ( Tutorial )



Sesiapa yang tanya masa kelas tadi..
Ni diaaa!!

Wednesday, 21 August 2013

Post boring-boring

Ah.. 4 hari tak buka blog ni..
dah berhabuk dah..

Ni post pun sebab saja-saja..
Balik dari Pulau Pinang semalam pukul 12.15 tengah malam, hari ni pi sekolah..
kena berleter dengan cikgu pasai banyak tinggal nota dan kerja sekolah..
hehe..

Rilek la cikgu, cuti 2 minggu ni kita tak pi mana..
Yang pi Pulau Pinang ni pun nak dekat sekolah dah..
hotel tu pun kita duduk free aja, tak kena keluar duit..
sayang tak pi oii...
:3

Tapi bahananya kerja sekolah berlipat ganda..
Syokk oo kerja sekolah banyak.
otak mau tercabut ni..

hehehe

Thursday, 15 August 2013

Fatih Seferagic Kahwin

Pada hari ni, 15 Ogos 2013..
Fatih Seferagic, seorang tahfiz muda telah berkahwin pada usia yang sangat muda, 18 tahun..
Umur bukan penghalang..


Tapi saya bukan nak cerita pasal Fatih kahwin ni..
nak cerita pasal BUTTHURT FANS Fatih ni..
Baru tadi check Fatih punya status pasal pengumuman dia kahwin..
Ramai ucap Barakallah, Alhamdullilah, 'Till your marriage until jannah'..

Tu takpa lagi..
ni pasal ada HIJABISTA GEDIK dan DIE HARD FANS yang begitu mengada-ngada..
komen macam nak kena kaki!!

"Oh, Fatih! You broke my heart!!"
"Wait, whatttt???"
"I love you, Fatih. How could you do this to me?"
"I very sad, Fatih.."
"Damn.."

Dengan broken Englishnya, komen pula dalam nada kecewa dan gedik nak mampus..
bukan perempuan sahaja, ada juga golongan sonsang datang.!!!
Fuhh..

Para HIJABISTA dan DIE HARD FANS sekalian, kenapeee korang begitu butthurt???
Biarlah Fatih nak kahwin, dah jodoh dia!
korang nak merintih apa dekat komen facebook page dia?

Yang benci sekali, kebanyakan peminat tu tak pernah langsung jumpa atau bercakap dengan Fatih..
ada juga yang hanya tertawan dengan muka hensem Fatih saja-saja tanpa dengar bacaan Quran oleh Fatih..
Ceh, gediknya golongan ini..

Lagi satu, please, kalau korang sedih macam mana pun, siap histeria lagi..
korang rasa Fatih akan melepaskan isteri dia yang cantik ni tak?
Tak kan??
So please, JANGAN BUTTHURT DAN MENGADA-GADA!!

Kalau korang berada dalam situasi Fatih ni contohnya..
Korang ditakdirkan suatu hari kahwin dengan seorang lelaki hensem dan ilmu agama tinggi,
tiba-tiba entah dari mana ada ramai perempuan kecewa dengan suami baru korang..
apa korang rasa??

P/S : Ramai kat Afrika yang tahfiz al-Quran kecik-kecik lagi, walaupun kulit hitam tetapi wajah bersih..
kenapa korang tak minat lelaki Afrika tu??
Kerana seorang lelaki hensem, hampir semua perempuan di dunia jadi sawan..

Wednesday, 14 August 2013

Tuesday, 13 August 2013

Kartun-Kartun :3

Hari ni nak kongi sikit pasal kartun feveret masa dulu-dulu masa kecik-kecik dulu...
Menggamit kenangan sungguh!

1. Courage the Cowardly Dog

Cerita ni memang best lah masa tu.. dalam banyak2 episod yang takleh dilupakan ialah " Black Puddle Queen". Masa tengok citer ni umur 4-6 tahun. Memang takut lah..
Sampai sekarang teringat..

Black Puddle Queen

2. Dexter Laboratory 

Syookk lah pasai sainstis pendek ni..
Yang paling ingat sampai sekarang suara Dexter ni..

3. Foster's Home for Imaginary Friends 

Cerita ni antara feveret masa dulu-dulu..
dengan Blu, Mr.Rabbit..

4. Samurai Jack 



5. Teen Titans


6. Totally Spies 



7. Power Puff Girls


Yang ni paling feveret selepas Courage the Cowardly Dog!
Bubble, Blossom dan Buttercup!!




Ah.. Rindunya! :)

Sunday, 11 August 2013

Saturday, 10 August 2013

Cantik dan Hodoh

Hah.. dah sudah seminggu cuti sekolah..
mujur ada seminggu lagi cuti.. :p

Kali nak habaq lah pasal cantik..
Kalau sebut cantik, mesti hampir semua orang ingat perempuan, gadis cantik..
Sejujurnya, saya lebih suka orang biasa-biasa daripada cantik..

Pada pemerhatian saya lah kan (setakat ini),
kebanyakan (bukan semua) orang cantik-cantik ni mengada-ngada atau lebih senang, GEDIK..
Mereka golongan gedik-gedik ni kebanyakannya disukai orang..
atau lebih senang batak hot dalam FESBUK, TWITTER dan lain-lain lagi..

Kalau jenis tak mengada-ngada atau menunjuk-nunjuk, takpa sikit..
ni yang sombong, tak boleh dengar cakap orang, jenis dia je yang betul!
=.=

Ni nak bagitau, ada sesetengah lelaki berhidung belang memang mereka ingat kalau perempuan cantik, muka halus, otak cair,semua perferct, takda cacat langsung!
Dan orang yang hodoh atau muka cukup-cukup makan tu bodoh, tak pandai, otak udang dan @#$%^&*!!
Kepada semua lelaki atau perempuan yang beranggapan begini, you just make a huge mistake..!
(note to myself)

Pastu kalau ada orang yang berasa rendah diri, nak jadi cantik, 
mulalah muka jadi 'drawing block'..
Eyeliner, eye shadow, eyelashes, concealer, lipstick, lip gloss semua hinggap kat muka..
Patutlah lepas sekolah menengah jer muka macam orang 88 tahun..
tua sebelum usianyeeee..

Memang bukan semua orang cantik atau segak macam ni perangainyee.. cuma sebahagian!

Kalau orang cantik-cantik yang tahu jaga maruahnya dan tidak megah-megah dengan rupanya..
SYABAS DAN TAHNIAH!!!

Thursday, 8 August 2013

Raya datang lagi..

Pejam celik pejam celik..
Dah habis dah bulan puasa..
1 Syawal pula menjelang..
:)

Lepas habis raya, abang adik pula ada exam besar.. =3
Ni nak ceta sikit pasal duit raya..

Asalnya duit raya bagi kat budak-budak sebagai sedekah daripada orang-orang kaya..
tapi, sekarang jadi benda wajib kena bagi kat budak-budak.
Sebab?
Ada sesetengah budak-budak datang beraya dari rumah ke rumah untuk ambil duit raya..
Mudah je..
Makan kuih sebiji, minum air secawan pastu kata nak balik..
Takkan tuan rumah nak suruh budak-budak tu balik dengan tangan kosong kut..
mestilah kena bagi, kalau tak bagi, kata taik idung masin plak..

Yang kesiannya golongan yang kais petang makan petang, kais pagi makan pagi..
:(
Bukan sebab ikhlas, tapi terpaksa bagi..

Jadi, perhatian kepada budak-budak yang pergi beraya (including me),
Raya untuk meraikan kemenangan selepas sebulan menahan nafsu diri..
bukan hari untuk kutip duit raya!

Ntah-ntah yang tukang kutip duit ni pun tak pernah puasa penuh..
Ntah-ntah tak puasa langsung..

Tuesday, 6 August 2013

Toreh-Menoreh

Saya peliklah..
Sekarang ni banyak sangat trend toreh tangan..
kebanyakannya perempuan sekolah..

Sebabnya baru berpisah dengan boifren..
Hek eleh..

Selepas break, ambil jangka lukis atau pisau..
toreh sepanjang lengan sampai berdarah..
tulis nama boifren la, tulis 'Alone' la, 'Lonely' la..



Aduihh..
kenapa korang ni takleh nak pikir ke?
Dah dia tak mau lagi kat kita lagi biarla..
Jangan nak menyesal tak bersudah sampai nak toreh satu badan..

Saya pun pernah alami macam ni, macam mana tak sedih..
lek laa..
Bunga bukan sekuntum,
kumbang bukan seekor..

Daripada duk bersedih macam apa,
baik korang cuba fikirkan nasib kanak-kanak Palestin, Syria kat sana..
mak bapak dah mati, umur baru 6 tahun dah pergi berperang..

Berbanding dengan kita ni..
Duduk dengan mak bapak,
makan minum semua cukup..
Bertuahnya kita, kan?

Dah, jangan sedih-sedih, you deserve better than this!

Monday, 5 August 2013

VIDEO

Skang ni makin banyak orang upload video pasal benda yang tak penting..

Terbaru yang 'Saya Crush Mikhail Isaaq', 'Budak Utara Excited ada KEEK' dan 'Ery Oh Ery'..
Ada crush buat video, ada KEEK buat video dan couple seminggu buat video..


Aduih..
Kalau ada crush, habaq lah senyap-senyap..
tak yah nak upload video bagai..

Kalau ada KEEK, takyah lah excited sangat..
Kan dah gagap..

Kalau couple seminggu ke, beberapa minggu ke,
upload pun gambar sekeping makan bersama KFC..
bukan buat video sambil menyanyi, angkat tangan..
yang halal tu pun tak semestinya bersama kita selamanya, apatah lagi yang belum halal.. :)

(Nasib baik tiga-tiga ni cun, kalau muka tak seberapa lama dah kena hentam..)

Sebelum upload video kat youtube ke, KEEK ke,
fikir lah 88 kali dulu..
kalau kita buang balik video tu pun, dah terlambat..

Kepada yang nak upload video ke, gambar ke..
pikiaq dulu..
JANGAN MAIN TIBAI JAAA..

Reaksi saya apabila tengok video ni depa 3 ni (sejujurnya) :


Saturday, 3 August 2013

Tu diaaa..

Belum habis isu video Puteri Awani dengan video couple seminggunya,
timbul lak video Nurhafizah dengan video 'JANGAN JADI BATAK!'

Skang timbul lak pasal video 'SAYA CRUSH MIKHAIL ISHAAQ'..
Ni pengikut jejak Puteri ni.. hahaha..


Sapa-sapa yang tak tengok lagi, pi ja kat Youtube.. hahaha..

Bak kata Nurhafizah :


Btw, Selamat Hari Raya Aildilfitri dan maaf zahir batin yaa.. :)
Quote dari Nur Hafizah : Walaupun aku tak kenal kau, tapi aku sayang kau..

Haha

Friday, 2 August 2013

The beatles - I Saw Her Standing There



Lalalalala..

Lou Zar

Tadi kat sekoloh kawe ado penyerahe derma kat budok-budok miskin denge anok yatim..
Kali ni kawe nok story sikit pasai budok-budok tok tahu nok appreciate ore bagi dermo ni..

Ta'u tok kenapo sekoloh bagi dermo?
Tok kira la maso dekat rayo ko tok..

Ni nok cerito sikit, kawe ni pelik do'oh denge peranga budok-budok ni..
Takdok KESEDARAN SIVIK langsung!!!
Ore bagi nok bagi mung blaja sene, tanggung make minum..

Kade-kade kawe maroh jugo, tok sedar-sedar lagi ko..
Dah ta'u mung miskin, anok yatim, blaja la sungguh sikit!!
Buke nyo kat sekoloh mung jadi ore gusut sekali..

Ok jate gatail kat tino, kaki buli kat sekoloh..
ok tino gelenya nok mampuih, muok kawe denge tino gelenya ni..

Mung tok raso ko malu sikit ko??
Mung buli ore lain, mok bapok mung mari sekoloh, jupo guru besar..
Mung dapat dermo, mok bapok mung mari nok ambik, jupo lagi guru besar..

MUNG TAK RASO KO NOK UBAH NASIB MUNG DENGE MAK BAPOK MUNG??
Wat tok tau malu, kalo raso sekolo ni tepa't buli budok,
 tepa't main, mung takyoh ambik dermo la, takyah mari sekoloh teruh..
Ramai lagi budok-budok ok lagi susoh dari mung, mung ta'u dok??

Ni nok maroh ni, ore kecek banyok kali doh, kalu mung tok pahe-pahe lagi..
Parok mung..


Puasa 2



Ah, tengok dan gelak ja lah.. :p